“Kecik-kecik dah derhaka..” Anak kucing selamba kentut depan muka mak

“Kecik-kecik dah derhaka..” Anak kucing selamba kentut depan muka mak

Kucing sememangnya terkenal dengan telatah comel mereka yang boleh menjadi penghibur seseorang. Mungkin itu juga salah satu sebabnya ramai yang membela kucing di rumah. Baru-baru ini, video telatah anak kucing ini menarik perhatian ramai.

Semuanya gara-gara anak kucing itu yang selamba terkentut di hadapan muka maknya. Reaksi dari ibu kucing juga turut menghiburkan netizen sehingga ia menerima hampir tiga juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, ibu kucing itu dilihat sedang menjilat anaknya seperti biasa yang dilakukan oleh mana-mana ibu kucing. Itu juga salah satu cara kucing membersihkan diri mereka setiap hari.

@famous_ninja

Little kitten farting on mum face 😆😂🤣 #funny#cat#cute#kitten#foryou#foryoupage#fyp#catsoftiktok#famous_ninja#viral

♬ 오리지널 사운드 – 원정맨 WonJeong – 원정맨 WonJeong

Namun tidak semena-mena, anak kucing itu melepaskan angin betul-betul di hadapan muka ibu kucing itu. Sehinggakan ibu kucing itu terdiam seketika dengan reaksi muka yang melucukan.

Tidak lama selepas itu, dia kembali menjilat anaknya itu dan menggigit ekor anak kucing itu. Gelagat anak dan ibu kucing ini turut mengundang ketawa dari netizen. Rata-ratanya turut sama terhibur dengan telatah selamba anak kucing itu.

Ada juga yang memberitahu ini adalah kali pertama mereka mendengar kucing melepaskan angin sama seperti manusia. Tidak kurang juga yang terhibur dengan reaksi ibu kucing sebaik saja mendengar bunyi kentut dari anaknya itu.