Kecewa dengan politik Malaysia, Caprice menangis di live IG Sharnaaz Ahmad

Kecewa dengan politik Malaysia, Caprice menangis di live IG Sharnaaz Ahmad

Isu Influencer terkenal, Caprice yang dilihat seakan tidak berpuas hati dengan pendakwah Malaysia, Ustaz Ebit Lew semakin rancak perbincangkan sehingga menarik perhatian ramai pihak.

Pelbagai versi cerita telah didengar sehingga berlaku beberapa IG live bagi masing-masing menceritakan kisah dari pihak mereka.

IG live ulas isu semasa

Selepas ‘berdebat’ panjang bersama seorang pelajar Malaysia di Mesir yang juga terlibat dalam misi kemanusiaan Ebit Lew tempoh hari, Caprice telah menarik perhatian ramai apabila melakukan IG live bersama selebriti terkenal Sharnaaz Ahmad.

Disitu, dapat dilihat Sharnaaz cuba menenteramkan Caprice yang bergitu berkobar-kobar. Antara apa yang dikatakan oleh Infleuncer berkenaan, dia berasa kecewa dengan  kerajaan Malaysia dan ‘jijik’ dengan politik yang berlaku melibatkan Gaza.

Dalam perkongsian tersebut, Caprice memaklumkan tidak akan balik selagi pucuk kepimpinan tidak akan bertukar dan Sharnaaz dengan selamba membidas kenyataan tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai berasa apa yang diperkatakan Sharnaaz ada betulnya walaupun sepanjang IG live itu ramai yang naik darah.

Masih cuba kias2

Selepas ‘dibancuh’ oleh Sharnaaz, Caprice telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dengan situasi sekarang namun tetap akan meneruskan ‘pembongkaran’ yang dikatakan bakal mengejutkan ramai terutamanya berkenaan misi kemanusian Ebit Lew.

Minta maaf Malaysia

 

Kecewa dengan politik Malaysia

Nasihatkan Caprice hentikan semua ni

Sharnaaz juga telah meminta untuk Caprice menenangkan jiwanya dan memaklumkan yang ramai yang menyokongnya.

Jadi, selebriti itu menasihati agar Influencer berkenaan berhenti mengapi-apikan apa yang sememangnya menjadi isu sensitif ini.

 

IG live tersebut juga ditonton lebih daripada 200,000 pengguna media sosial dan beberapa IG live yang lain turut mendapat tontonan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, penjelasan sebenar masih kabur dan diharap hubungan dua pihak tersebut baik-baik sahaja.

Sumber: Twitter @TheOnlyFatin, Instagram CapriceSharnaaz Ahmad