Kecewa bekas isteri dah ada pengganti, lelaki dilapor bunuh & campak anak dalam laut

Kecewa bekas isteri dah ada pengganti, lelaki dilapor bunuh & campak anak dalam laut

Seorang lelaki di Sepanyol kini menjadi buruan polis setelah didakwa membunuh dan mencampakkan mayat anak perempuannya ke dalam laut.

Menurut New York Post, Tomas Gimeno dilaporkan bertindak sedemikian setelah berang melihat bekas isterinya yang seakan-akan telah move on dari perhubungan mereka.

Mayat anak perempuannya, Olivia, 6, yang dibungkus di dalam beg telah ditemui oleh robot laut dalam, dengan kedalaman 3,000 kaki di dalam laut di kepulauan Canary, Sepanyol.

 

Sementara itu, seorang lagi anak perempuannya, Anna, 1, yang dibawa bersamanya masih tidak ditemui. Kanak-kanak itu juga disyaki telah meninggal dunia.

Bekas isteri lelaki itu mengatakan bahawa dia percaya bahawa bekas suaminya bertindak sedemikian kerana ingin hidupnya menderita tanpa anak-anaknya.

“Sebagai seorang ibu, hati saya merasa sakit kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa mereka, saya harap saya berada bersama mereka pada ketika itu, memegang tangan mereka dan mati bersama,” katanya.

 

Gimeno disyaki telah dibantu oleh seorang lagi individu yang tidak dikenalpasti dalam melakukan rancangan penculikan pada 27 April lalu setelah gagal mengembalikan anak-anaknya kepada ibu mereka di bandar Tenerife, Santa Cruz.

Sebelum melakukan perkara tersebut, Gimeno dilaporkan telah memberi amaran kepada bekas isterinya bahawa dia tidak akan melihat anak-anaknya lagi selepas menjalinkan hubungan baru dengan seorang lelaki kaya.

Sumber: New York Post