“Keadaan cuaca terlampau panas..” Kementerian bongkar 3 punca bekalan ayam terjejas

“Keadaan cuaca terlampau panas..” Kementerian bongkar 3 punca bekalan ayam terjejas

 

 

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan tidak menafikan bahawa ada dalam kalangan ladang-ladang ayam yang menghadapi masalah kenaikan berat badan ayam yang terganggu sehinggakan bekalan ayam terjejas.

Menurut kenyataan media kementerian itu, terdapat beberapa punca yang telah mengganggu pembesaran ayam di ladang terutamanya di reban sistem terbuka.

Punca Bekalan Ayam Terjejas

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada dalam kalangan ladang-ladang ayam menghadapi masalah kenaikan berat badan ayam yang terganggu akibat kualiti dedak makanan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca panas yang melampau turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka. Ini telah memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan- kawasan tertentu.

MAFI juga turut menegaskan bahawa laporan akhbar mengenai isu ‘kartel’ ayam adalah kurang tepat, susulan pemeriksaan yang telah dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS). Pihak syarikat ladang terbabit juga telah memberi jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan tidak kiranya ayam diproses samada dalam bentuk bulat, ‘super’, ‘standard’ ataupun secara keratan.

bekalan ayam
Kredit: Bernama

Tambah kenyataan itu, proses penilaian pemberian subsidi ayam melalui DVS kepada penternak yang mengemukakan permohonan sedang dipercepatkan. Penternak akan memperolehi tuntutan dalam tempoh yang dijanjikan jika syarat dipenuhi dan telah mendapat kelulusan.

Tidak terhenti setakat itu, MAFI akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan pihak industri terlibatan untuk memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan ayam ini. Pihak kementerian juga memandang serius isu-isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha untuk menstabilkan kembali bekalan ini untuk sepanjang masa.