Kawan baik saksi percintaan, dedah Syifa Melvin & Safawi Rasid bertunang awal tahun

Kawan baik saksi percintaan, dedah Syifa Melvin & Safawi Rasid bertunang awal tahun

Siapa sangka, disebalik pernikahan selebriti Syifa Melvin dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, yang sudah berlangsung pada Isnin lalu, rupanya mereka sudah mengikat tali pertunangan sebelum menuju hari bahagia.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang rakan baiknya yang dikenali sebagai Jaja Talib, dia mendedahkan bahawa Syifa dan Safawi sudah bertunang pada awal tahun ini tanpa pengetahuan peminat dan pengamal media.

@jaja_talib

Replying to @user3516051538783 Im crying… sumpah sebak sangat. Im happy for u bestiee 😭😭😭 #syifawi

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Keluarga datang merisik, bertunang

Dalam video itu, Jaja menceritakan kembali momen manis sebelum berlakunya hari bahagia dimana keluarga Safawi telah berjumpa dengan keluarga Syifa atas niat untuk merisik serta bertunang yang terletak di Parit Buntar, Perak.

Katanya lagi, dia dan Syifa sudah menjadi rakan baik lebih tujuh tahun dan dia menjadi saksi percintaan di antara pasangan tersebut sebelum tiba hari bahagia mereka.

Wajah Syifa naik seri! Cantik sangat

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila majlis merisik dan bertunang selebriti yang berusia 28 tahun itu kerana dilakukan secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga terdekat dan sahabat karib.

Cantiknya solekan Syifa, naik betul seri wajah!

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji solekan pada majlis pernikahan Syifa sangat ‘simple’ sehingga berjaya menaikkan seri wajahnya.

Dalam pada itu, netizen sempat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut dan mendoakan agar mahligai yang terbina kekal hingga ke syurga.

Sumber: TikTok @jaja_talib