“Kau ikut mazhab mana” – Dikecam pakai emas ketika umrah, Ifa Raziah selar dakwaan netizen

“Kau ikut mazhab mana” – Dikecam pakai emas ketika umrah, Ifa Raziah selar dakwaan netizen

Selebriti versatil, Ifa Raziah sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tindakannya memakai perhiasan emas ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini dikecam.

Ifa atau nama lengkapnya Datuk Saripah Raziah binti Mustapha tampil mempertahankan dirinya dengan membidas kenyataan netizen dan menganggap kecaman itu tidak berasas.

Menerusi satu hantaran video dalam saluran YouTube miliknya, dia juga pelik mengapa isu pemakaian perhiasan emas yang menjadi perdebatan netizen.

Pelik dengan mental dan pemikiran segelintir rakyat Malaysia, memang tak betul dan kurang waras.

Menurutnya Kosmo lagi, setakat ini dia tidak pernah lagi menjadi mangsa kecurian atau penyeluk saku sepanjang beribadah di Mekah mahupun Madinah. Semuanya Allah jaga dan tidak pernah hilang walau satu sen.

Namun, yang hilang ialah akal orang Malaysia selepas melihat saya memakai emas sepanjang berada di sana.

Jelas bekas peserta program Gegar Vaganza musim pertama itu, dia juga telah merujuk kepada ustaz tentang perkara ini dan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.

 

COMMENTS