Kasut MB di jadikan isu, Tunku Ismail cadang pakai selipar saja

Kasut MB di jadikan isu, Tunku Ismail cadang pakai selipar saja

 

 

 

Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan dengan segelintir pihak yang membangkitkan isu mengenai kasut kulit mewah dipakai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Tunku Ismail menasihati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu supaya terus fokus terhadap tugas dan mengabaikan saja kata-kata orang ramai.

 

“Benda macam ini pun jadi isu? Dato’ saya cadangkan lepas ni Dato’ pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato’ dan beberapa pegawai kerajaan.
“Dato’, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” tulis baginda malam tadi.

Sebelum ini, terdapat beberapa akhbar bukan Melayu melaporkan tentang harga kasut dipakai Onn Hafiz yang didakwa mencecah RM40,000.

Bagaimanapun, Onn Hafiz membuat satu kenyataan menafikan bahawa beliau membeli kasut mewah tersebut sebaliknya ia adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.
Ini bukan perkara baru malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan…
“…kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” kata Onn Hafiz.

Sumber: Twitter Tunku Ismail , Facebook Onn Hafiz