“Kasihan pada yang gagal”, Idris Khan tak setuju amalan ‘tabur duit’ kepada pelajar cemerlang SPM

“Kasihan pada yang gagal”, Idris Khan tak setuju amalan ‘tabur duit’ kepada pelajar cemerlang SPM

Namun, perkara tersebut tidak disenangi pelakon Idris Khan kerana dia merasakan ianya boleh menjejaskan emosi pelajar yang memperoleh keputusan gagal dan kurang memuaskan.

 

Perihal tersebut turut dikongsikan Idris menerusi hantaran Instagram Storynya di mana dia ada ditanyakan soalan oleh peminat dalam sesi ramah mesra bersama peminat.

“Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan ganjaran berupa wang ringgit. Lain la kalau mereka umumkan sejak daripada awal kalau sesiapa dapat 5A ke atas contohnya, akan bagi hadiah. Tapi apabila dah dapat keputusan baru nak bagi, saya rasa benda itu tidak adil untuk pelajar.”

Ujar Idris lagi, ganjaran wang tunai tersebut boleh digantikan dengan peralatan pembelajaran yang lebih berfaedah untuk jangka masa panjang.

Tambah pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini lagi, kadang-kadang pelajar yang tidak cemerlang keputusan peperiksaan bukan kerana tidak bijak namun mungkin disebabkan oleh kekangan kemudahan untuk belajar dalam talian terutamanya dalam keadaan pandemik kini.

“Bila buat macam ini (bagi wang ganjaran) ia seolah-olah bias terhadap pelajar yang dapat result bagus sahaja dan beri mesej salah mengatakan SPM adalah segala-galanya..” ujarnya lagi.

 

 

SUMBER : mStar Online