Kantoi! Suami curang ‘dating’ perempuan lain, bagi alasan konon ikut tabligh

Kantoi! Suami curang ‘dating’ perempuan lain, bagi alasan konon ikut tabligh

 

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja kisah curang yang didedahkan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Terbaru, tular di media sosial kes melibatkan seorang suami yang didakwa kantoi curang terhadap isteri, selepas memberi alasan kononnya dia tidak pulang ke rumah kerana menyertai tabligh selama tiga hari di Air Itam, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan isteri, suaminya dalam satu kiriman WhatsApp mengatakan bahawa dia akan keluar selama tiga hari untuk mengikuti jemaah tabligh, di samping akan mematikan telefon demi mempelajari tawajjuh (tumpuan sepenuh hati kepada Allah).

“Sajalah depa (mereka) dok ajak-ajak b, jumpa dekat masjid baru-baru ini. Mungkin Allah sayang kita. Allah hantar orang baik-baik mai ajak kita buat perkara yang baik.

“Apa-apa nanti b on, bila-bila b reply. Ni balik b siap, terus b pi kat depa, sebab ada Bayan Hidayat pukul 9.30 pagi ini,” tulis suaminya.

Bayan

Namun ternyata keluar menyertai ‘tabligh’ itu alasan semata-mata apabila kantoi suaminya dijumpai sedang keluar berjalan-jalan bersama seorang wanita lain di sebuah bangunan.

Menurut si isteri, dia kesal dengan perbuatan suaminya yang sanggup menggunakan nama Allah semata-mata untuk membuat maksiat.

Difahamkan juga, ini bukanlah kali pertama lelaki itu kantoi curang namun perkara tersebut telah berlaku sebanyak enam kali sepanjang dua tahun tempoh perkahwinan mereka.

Pebne

Lebih menyedihkan, wanita itu juga memuat naik video memaparkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya selepas episod kantoi curang tersebut.

Perkongsian berkenaan telah mengundang rasa marah netizen terhadap sikap suami wanita yang itu yang sanggup menggunakan agama untuk menutup perilaku curang terhadap isterinya.