Kantoi kahwin 2 lepas masuk hospital, suami tergamam isteri bergaduh, “Dia pun suami saya!”

Kantoi kahwin 2 lepas masuk hospital, suami tergamam isteri bergaduh, “Dia pun suami saya!”

Ramai wanita pada hari ini derita dalam hubungan rumah tangga apabila si suami kahwin lagi dan tidak berlaku jujur. Bila kantoi, mulalah bagi 1001 alasan.

Suami dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan tentang satu kisah poligami yang disorok suami namun semuanya kantoi apabila suami jatuh sakit.

Kisahnya bermula apabila suami kepada wanita berkenaan dimasukkan ke hospital akibat terkena serangan jantung di tempat kerjanya. Ketika dirinya sedang menangis akibat terlalu sedih mengenangkan suaminya sakit, seorang wanita tidak kenali turut menangis di sebelahnya.

Ketika itu isteri tersebut beranggapan bahawa mungkin suami atau saudara mara wanita itu juga sedang bertarung nyawa di bilik kecemasan.

Selang beberapa jam kemudian, seorang pembantu perubatan telah memanggil waris dengan menyebut nama suaminya iaitu Daud bin Hashim (bukan nama sebenar). Alangkah terkejutnya apabila wanita tersebut berdiri bersama dengannya dan mengaku bahawa dia adalah isteri kepada suaminya itu.

Daud bin Hasim suami saya. Kami sudah berkahwin tiga tahun lepas! Jadi macam mana pula awak boleh mengaku dia suami awak??

Rupa-rupanya ada dua isteri

Sekadar gambar hiasan

Lalu mereka berdua dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan untuk melihat suami mereka. Ketika si suami yang sedang berehat sambil mendengar nasihat doktor pakar, dia terkejut melihat dua wanita berkenaan menuju ke katilnya. Akhirnya suaminya meminta maaf dan mengaku bahawa dia telah berkahwin lain. Hasil daripada perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Perasaannya berubah daripada sedih menjadi mimpi ngeri apabila mengetahui segalanya. Walau bagaimanapun sejak dari kejadian itu, dia telah diceraikan oleh suaminya dan reda apabila suaminya lebih memilih isteri kedua berbanding dirinya.

Setelah itu wanita tersebut meminta isteri pertama tidak mengganggu suaminya lagi. Daripada dibohongi hidup-hidup lagi, biarlah isteri pertama ini memberi ruang kepada mereka agar suami itu bertaubat serta hendaklah membuang sikap berbohong sunat kononnya demi kepentingan peribadi.

Sumber : Amalina Adam