Kantoi ‘curi2’ makan manis, reaksi comel ayah buat ramai terhibur

Kantoi ‘curi2’ makan manis, reaksi comel ayah buat ramai terhibur

Biasanya apabila semakin meningkat usia, lebih mudah risiko untuk mendapat penyakit. Disebabkan itulah, mak ayah selalunya menjaga makan lagi-lagi makanan yang manis. Baru-baru ini pula, gelagat si ayah yang kantoi makan makanan manis mencuit hati ramai.

Gelagatnya yang tidak kisah dibebel oleh anaknya itu tular dikongsikan apabila ia menerima hampir dua juta tontonan setakat ini. Netizen juga turut sama terhibur melihat gelagat si ayah yang membuat muka tidak kisah ketika dibebel.

@hannymaru1

Geramm je dengan ayah ni😂 mentang2 kencing manis dia dh turun sekrg ni asyik makan senyap2 jee!!…

♬ original sound – Hannymaru – Hannymaru

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis ini merakamkan keletah lucu bapanya yang senyap-senyap makan manis selepas mendapati bacaan gula dalam badannya menurun. Lelaki tua itu dilihat begitu seronok mengupas buah mangga sambil dibebel ahli keluarga yang lain.

Walaupun yang lain mengingatkannya tentang penyakit kencing manisnya itu, lelaki itu hanya tersenyum sahaja sambil membuat muka tidak kisah. Malah dia juga sempat menyorok ketika makan buah mangga yang selesai dikupasnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat si bapa ini. Ada juga yang memuji keletahnya yang cukup periang itu walaupun ketika dibebel oleh ahli keluarga yang lain.