Kantoi curi pelbagai coklat dalam pasar raya, polis buru suspek ada 12 rekod lampau
Di kala seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan kali ke-65 semalam, ada juga segelintir pihak yang tergamak mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah yang tidak bermoral. Malam tadi, satu kejadian curi dalam pasaraya telah berlaku di Tebrau, Johor Bahru yang menimbulkan kegusaran kepada orang awam.
Orang sambut merdeka, dia sambut masuk lokap…orang awam cuba tahan suspek mencuri di pasaraya
Sekitar jam 7.15 petang semalam, sepasang lelaki dan wanita berbangsa Melayu didapati telah membawa sejumlah barang keluar dari pasaraya melalui mesin mengesan layan diri tanpa membuat pembayaran. Sebaik kejadian itu disedari staf di sana, mereka bertindak melarikan diri. Melalui perkongsian video oleh pemilik akaun Facebook Sue Yaya Hod, beberapa orang awam cuba menahan suspek lelaki berusia 33 tahun terbabit.
Kenderaan suspek sempat berlaga dengan sebuah kereta & motosikal…akhirnya berjaya loloskan diri
Situasi pergelutan itu bahkan meleret sehingga ke ruang parkir kenderaan. Selepas lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam itu menaiki kereta jenis Honda City, dia juga telah merosakkan sebuah motosikal dan kereta milik Sue Yana semasa cuba ditangkap oleh orang awam. Tidak lama kemudian, dia akhirnya berjaya meloloskan diri dari kawasan tersebut.
Kantoi curi pelbagai jenis coklat…polis sedang usaha jejak rakan suspek yang ada 12 rekod lampau
Bagaimanapun, suspek wanita yang berjaya ditahan telah didapati positif bahan terlarang. Hasil tangkapan mendapati mereka mencuri pelbagai jenis coklat, phone holder, seat hook dan sebotol ubat gastrik jenis Gaviscon yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM952.19. Rentetan itu, pihak polis masih sedang berusaha menjejaki rakan suspek lelaki yang juga pernah mempunyai 12 rekod jenayah lampau.
Kredit : FB Sue Yaya Hod