Kandungan masuk bulan ke lapan, Anzalna Nasir bakal sambut anak kedua Syawal ini

Mengambil keberkatan hari pertama Ramadan, pelakon Anzalna Nasir mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Anzalna, usia kandungannya kini sudah memasuki bulan kelapan dan dia dijangka bersalin Syawal nanti.
Perkongsian gembira itu dimaklumkan bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini di dalam sebuah hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik Hari Raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah. Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen disusuli kredit.
Perkongsian berkenaan nyata membuatkan rakan artis dan peminat turut tumpang bahagia dan mendoakan yang baik-baik buat ibu dan anak yang bakal lahir.
Anak sulung mereka, iaitu Mohamad Eidrees dilahirkan pada bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019 lalu.