Kanak-kanak menangis tonton video Twinkle Twinkle Little Star, “Jiwa sensitif…”
Lagu-lagu nursery rhymes biasanya dinyanyikan kepada kanak-kanak untuk membuat mereka gembira dan membantu mereka tidur. Lagu kanak-kanak yang popular seperti Lompat Si Katak Lompat atau Baby Shark biasanya disertakan dengan video-video comel yang berupaya untuk menarik perhatian bayi dan mengalihkan tumpuan kanak-kanak yang moodnya tidak baik.
Tetapi lain pula yang dilalui seorang kanak-kanak ini apabila dia jadi beremosi selepas menonton video muzik untuk lagu Twinkle Twinkle Little Star. Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Twitter oleh pengguna atas nama Fathie, seorang kanak-kanak dilihat sedang menangis teresak-esak sementara dipujuk ibunya.
❎ Nangis sebab kena marah
✅ Nangis sebab tengok twinkle twinkle little star pic.twitter.com/zbENn2fuJw— Fathie 🇵🇸 (@___farteees) June 11, 2021
Dalam kapsyen yang disertakan, wanita itu bingung mengapa anaknya menangis sedih selepas dia memasang lagu Twinkle Twinkle Little Star berkenaan. Dia kemudian menunjukkan video yang ditonton anaknya itu di mana seekor burung hantu dan bintang dilihat menari di atas awan.
Kanak-kanak berkenaan cuba menahan kesedihan sambil terus menonton video tersebut dengan mata yang bergenang. Malah ibunya juga mengaku video animasi tersebut agak sedih setelah menontonnya sehingga habis.
“Memang betul lah sedih…”
Memang betul lah sedih 😩
Video: twinkle twinkle little star by super simple learning pic.twitter.com/YRn4bQTj41
— Fathie 🇵🇸 (@___farteees) June 11, 2021
“Jiwa sensitif…”
Protect her at all cost please. Jiwa sensitif 🥺 https://t.co/GVYyATRaqn
— Dulce de Leche (@denitoazhar92) June 12, 2021
“Lembut hati awak dik…”
Lembut Hati Awak Dik. https://t.co/Dix5ququTJ
— Hazim needforshreds (@hazimfikri16) June 12, 2021
“potensi tinggi bila besar nt utk jd manusia yg tinggi EQ…”
potensi tinggi bila besar nt utk jd manusia yg tinggi EQ. IQ biasa² pun xpa asalkan EQ hebat. tp kalau IQ EQ sama naik, I suppose that pair will do wonder in your life & people around you. uncle doa awok jd manusia hebat berpaksikan jalan Allah SWT, Inshallah.
comey aih! ❤️ https://t.co/ypkl6JF2xv
— fzrdz 🇲🇾 🇵🇸 (@salfaridz) June 12, 2021
“diorg tgk baby lain nangis pun…”
baby memang innocent, empati level so high. diorg tgk baby lain nangis pun depa boleh nangis jugak.
So cute 😍 https://t.co/BLd0WizeAn
— Yuri (@yurxdes) June 12, 2021