Kanak-Kanak didakwa meninggal dunia selepas vaksin, tapi doktor kata…

Kanak-Kanak didakwa meninggal dunia selepas vaksin, tapi doktor kata…

Seorang kanak-kanak dari Purbaratu, Tasikmalaya meninggal dunia selepas beberapa hari menerima vaksin Covid-19.

Menurut laporan Utusan, sebelum itu kanak-kanak berkenaan telah mendapat vaksin pada Sabtu lalu di sekolahnya.

Sebelum meninggal dunia, kanak-kanak berusia 10 tahun itu mengalami demam panas. Menurut jiran mangsa, Abud berkata, kanak-kanak itu kelihatan baik-baik sahaja, malah dilihat bermain basikal.

kanak

 

Bapa saudara mangsa, Nanang turut mengesahkan, keadaan kanak-kanak itu kelihatan sihat sebelum dia pergi ke sekolah untuk mendapatkan vaksin, dia turut bermain seperti biasa selepas sesi persekolahan.

Empat orang doktor mengatakan dia meninggal dunia akibat denggi. Memang saya nampak bintik merah di tangannya.

Namun, penduduk setempat hairan kerana tiada kes demam denggi di persekitaran rumah setakat ini.