“Kami sudah bercerai baru-baru ini”, Nad Zainal sahkan sudah berpisah dengan suami

“Kami sudah bercerai baru-baru ini”, Nad Zainal sahkan sudah berpisah dengan suami

Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon popular, Nad Zainal mengesahkan bahawa dia dan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, 34 telah bercerai.

Sahkan sudah berpisah

Menerusi Harian Metro, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32 mengakui yang ikatan perkahwinannya sudah terlerai namun enggan memaklumkan tarikh sebenar penceraian.

Jelasnnya, perpisahan bukan sesuatu yang mudah namun mereka mengambil keputusan tersebut dengan kata sepakat.

“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.
“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya.

 

Walau bagaimanapun, pelakon Takdir Yang Tertulis itu enggan mengulas lanjut dan hanya menyatakan status dirinya supaya tidak mengundang fitnah.

“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.
“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.

Untuk rekod, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini memasuki usia setahun.

Sumber: Berita Harian (Zaidi Mohammad)