Kambing masuk bilik tengah malam, reaksi gadis ini raih perhatian

Kambing masuk bilik tengah malam, reaksi gadis ini raih perhatian

Pernah tak anda mengalami pengalaman yang menakutkan semasa tidur? Baru-baru ini, seorang gadis berkongsikan pengalaman seram yang berlaku padanya apabila seekor kambing masuk ke dalam biliknya semasa dia tidur.

Video tersebut turut menarik perhatian ramai apabila ia menerima lebih 22 juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama tergamam dengan kemunculan kambing itu yang dilihat cuba memasuki bilik tersebut.

@farah.rz

🤦🤦🤦🤦

♬ son original – Farah razgallah

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan situasi mengejutkan yang berlaku padanya semasa jam menunjukkan pukul 3 pagi. Kelihatan seekor kambing memunculkan diri di pintu biliknya dan mahu memasuki bilik tersebut.

Gadis itu kemudiannya bangun dan kembali menutup pintu biliknya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Reaksi selamba gadis itu turut mengejutkan netizen yang tidak percaya dengan reaksi gadis itu yang tidak berasa panik dan terkejut.

bilik

Namun ada juga yang menganggap mungkin juga kambing itu adalah haiwan peliharaan keluarganya atau dia sudah biasa dengan situasi tersebut.

Di ruangan komen, kemunculan kambing itu turut mengejutkan netizen yang menonton. Ada juga yang memuji kesabaran gadis itu dalam melayan ragam kambing tersebut walaupun semasa sedang lena tidur pada awalnya.

“Kenapa dia ada dalam rumah.”

kambing masuk

“Dia kejut bangun subuh tu…”

kambing

“Saya akan mati kerana menjerit.”

kambing

“Dia boleh relaks tutup pintu macam biasa.”

tik tok