Kamal Adli Gembira Sambut Hari Jadi Ke-35 Bersama Tunang, Uqasha Senrose

Kamal Adli Gembira Sambut Hari Jadi Ke-35 Bersama Tunang, Uqasha Senrose

Baru-baru ini, pelakon popular Kamal Adli menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 yang diraikan oleh tunangnya, Uqasha Senrose dan dia mengungkapkan rasa gembira ketika menyambutnya.

uqasha dan kamal

Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Melalui Instagram Kamal, dia memuatnaik sebuah gambar dirinya bersama Uqasha bagi mengucapkan ucapan terima kasih kepada Uqasha  kerana telah meraikan ulang tahun kelahirannya.

Di ruangan komen gambar itu dihujani dengan pengikut Kamal Adli mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon tersebut, tak lupa juga ada yang memuji pasangan popular tersebut dan menyuruh mereka untuk cepat-cepat berkahwin.

Pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah melangsungkan majlis merisik secara tertutup pada 4 April yang lalu.

 

SUMBER : Gempak