Kalini si belang pula buat hal, selamba ‘terbalikkan’ bekas air- “Muka tak salahnya”

Kalini si belang pula buat hal, selamba ‘terbalikkan’ bekas air- “Muka tak salahnya”

Bagi yang memelihara kucing atau si comel bulus ini, pasti sudah sangat kenal dengan ragamnya. Tetapi, begitu mencuit hati bagi netizen pula dengan perangai seekor kucing belang ini.

Selalunya jika dilihat menerusi media sosial, kucing berwarna oren atau sangat popular dengan nama Oyen yang akan buat hal namun pada kali ini si bulus lain pula yang menarik perhatian umum di ruangan aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, dalam sedang terduduk untuk meminum air yang telah disediakan dalam satu bekas dihadapan si belang ini namun tidak semena-mena boleh pula buat hal yang mengundang tawa warganet.

Melihatkan video gelagat si belang itu, tidak disangka-sangka seolah-olah dia sedang bersedia untuk buat hal dan selepas mendapatkan kesempatan terbabit, si bulus ini terbalikkan bekas air tersebut.

Lalu menjengah ke ruangan komen, gelagat selamba si belang itu mengundang tawa ramai apabila mukanya juga seperti tidak bersalah selepas terbalikkan bekas air itu sehingga tumpah.

@kaktenn_

Reply to @amirulaiman72 mana mana lagu dye buat 🤣 #bangmatkacak #ilovepets #catlover #fyp #xyzbc

♬ original sound – kakten 🌸 – kakten 🌸

 

Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video tersebut pula, rata-ratanya juga masih merasa terhibur selepas menonton gelagat si comel itu selamba buat hal.