“Kali pertama tengok atuk menangis”, Hidup bersama 70 tahun, atuk tertunduk sayu, enggan berganjak dari pusara isteri
Tidak mampu untuk digambarkan perasaan bila kehilangan insan tersayang terutama isteri tercinta yang selama ini berada di sisi untuk berdekad-dekad lamanya.
Bayangkan selama ini berbahagia melayari bahtera perkahwinan dan telah melalui segala suka dan duka bersama, tetapi momen tersebut hilang sekelip mata, pastinya ia amat sukar untuk diterima.
Mungkin itulah yang dirasai oleh warga emas ini yang telah kehilangan isteri tercinta setelah 70 tahun melayari ikatan bahagia bersama.
Menerusi video yang tular di TikTok, Inneke Santoso berkongsi mengenai kepiluan yang dialami oleh datuknya setelah neneknya meninggal dunia kerana sakit tua.
Dapat dilihat bahawa berlakunya perubahan yang ketara pada datuknya selepas pemergian neneknya. Warga emas itu dilihat tidak seceria seperti kebiasaannya dan termenung. Mungkin mengenangkan kenangan bersama arwah isteri.
Inneke juga mengatakan bahawa itu merupakan kali pertama dia melihat datuknya menangis hiba.
@innekesantoso 70tahun bersama
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 25 juta kali di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sayu melihat video tersebut dan mengatakan bahawa ia merupakan cinta sejati.
The real cinta sejati
Cinta sampai akhir hayat
Syurga menantimu nenek
Tanpa sedar titisan air mata keluar
Sumber: Inneke Santoso