“Kali ni jauh lagi handsome..” pernah viral dikhianati bekas suami, Nur Amirah dan jumpa pengganti baru?

“Kali ni jauh lagi handsome..” pernah viral dikhianati bekas suami, Nur Amirah dan jumpa pengganti baru?

Sebelum ini, Nur Amirah pernah viral susulan konflik rumah tangga tahun lepas sejurus terbongkar kisahnya dikhianati bekas suami selama ini. Meskipun sedang diuji hebat, tetapi influencer merangkap usahawan terkenal ini menjadi inspirasi ramai kerana sentiasa menonojolkan sisi peribadi yang tabah.

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

Almost 2 tahun…akhirnya, dah berubah status

Setelah berusaha pelbagai cara demi mempertahankan rumah tangga, Nur Amirah nekad memfailkan perpisahan kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Hampir 2 tahun naik turun mahkamah, ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata ini akhirnya berjaya menuntut keadilan buat dirinya sekitar Januari lalu.

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

 

Dating‘ bersama kawan lama…Nur Amirah dah jumpa pengganti baru?

Baru-baru ini dia mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video ‘dating‘ di taman tema Genting Highlands. Difahamkan, jejaka bertuah tersebut adalah rakan lamanya juga yang dikenali sejak zaman student dahulu. Sambil menyatakan ucapan terima kasih kerana sudi menerima dirinya pada ruangan kapsyen, Nur Amirah seakan memberi ‘hint’ tentang kehadiran pengganti baru dalam hidupnya.

@nuramirah111

Terima kasih terima diri ini 😜 #fyp #facemaskkayra #tudungbynuramirah

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Yang kali ni jauh lagi handsome, muka pun nak sama dengan kak Mira…dah upload kena bagi jadi, Inshaallah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan setakat tumpang gembira menyaksikan video ‘sweet’ berkenaan. Malah rata-rata mereka puji wajah jejaka tersebut amat tampan, sekali gus cukup sepadan dengan Nur Amirah. Secara keseluruhannya, posting tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan setakat ini.

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

Pernah Viral Dikhianati Bekas Suami, Nur Amirah Kini Dah Jumpa Pengganti Baru?

Kredit : TikTok nuramirah111