Kalau Caprice nak saman, hantar surat kepada pihak peguam kami – Ameer Ali Mydin

Kalau Caprice nak saman, hantar surat kepada pihak peguam kami – Ameer Ali Mydin

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi rap terkenal, Caprice ingin menyaman syarikat pasar raya terkemuka negara, Mydin susulan satu ciapan di Twitter malam tadi.

Bagi tempoh 24 jam

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia akan menyaman Mydin sebanyak RM30 juta kerana merasakan dirinya tersindir dengan ciapan tersebut.

Tutup ruangan komen

Selepas teruk dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata berpihak kepada pasar raya tersebut, selebriti kontroversi itu telah menutup ruangan komen di Instagramnya dengan alasan perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah kelak.

 

 

Siapa makan cili dia rasa pedas

Disebabkan perkara berkenaan menjadi kecoh,  Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin memaklumkan yang dia tidak kisah sekiranya penyanyi itu ingin melayangkan saman kepada syarikat mereka kerana tiada sebarang nama disebut di ciapan Twitter terbabit.

Hal tersebut dinyatakan dalam laporan dari Kosmo! susulan berasa pelik mengapa selebriti itu terlampau lantang dan terasa dengan ciapan mempromosikan barangan jualan di pasar raya Mydin.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.
“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.
“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Nak buat kerja amal

Selepas menyatakan ingin menyaman pasar raya Mydin, Caprice telah berkongsi di Insta Story miliknya dengan menyuarakan keinginan menawarkan perbelanjaan percuma kepada followers di cawangan terpilih pasar raya berkenaan.

 

Mydin nak ‘join’ sama

Mengulas lanjut berkenaan hal itu, Datuk Wira Dr. Ameer telah mengalu-alukan kerja amal yang ingin dilakukan oleh Caprice dan akan menawarkan 1 kg paket gula kepada setiap mereka yang terlibat.

Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.
“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Terdahulu, Caprice dikatakan ‘koyak’ selepas terdapat satu ciapan menyebut tentang topi dan beras yang dibuat oleh laman Twitter Mydin tanpa merujuk kepadanya.

Disebabkan itu, penyanyi rap terbabit meminta pihak Mydin untuk membuat video permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam dan jika tidak dia akan melayangkan saman sebanyak RM30 juta.

Sumber: Kosmo!