“Kalau bercinta mesti nak bahagia ke Jannah..” Adam Lee rancang lamar Sweet Qismina 2 tahun lagi

“Kalau bercinta mesti nak bahagia ke Jannah..” Adam Lee rancang lamar Sweet Qismina 2 tahun lagi

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai kisah percintaan antara dua pelakon yang semakin popular, Adam Lee dan Sweet Qismina.

Cukup terbuka mengenai kisah percintaan antara mereka berdua, Adam dan Qisteena sehingga kini sudah hampir dua tahun menjalinkan hubungan mesra.

Bagi Adam Lee atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee,27, dia sememangnya mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya iaitu alam perkahwinan.

“Kalau bercinta pasti kita nak penghujungnya bahagia sehingga ke jannah. Perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya memang ada, mungkin dalam tempoh masa setahun atau dua tahun lagi..”

Ujar Adam lagi, dia dan Sweet sama sekali tidak akan merahsiakan berita untuk melangsungkan perkahwinan kepada peminat dan media jika ianya telah diputuskan kelak.

 

Terdahulu, Adam dan Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi,24, mula menjalin hubungan cinta sejak digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri iaitu Adam Chempaka pada tahun 2019 yang lalu.

Dalam pada itu, Adam juga sempat mengulas mengenai kontroversi membabitkan teman wanitanya itu baru-baru ini.

Sweet yang sebelum ini telah disahkan positif COVID-19 ketika menjalankan penggambaran sebuah filem dikatakan menjadi punca penyebaran wabak itu kepada rakan artis dan kru-kru yang lain.

Ujar Adam, agak sukar untuk memberi penjelasan kepada mereka yang enggan mengetahui kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi.

“Bagi saya tak guna kita nak bagi ceramah pada orang macam ni..dia takkan dengar apa yang kita nak cakap sebab susah nak ubah (pandangan seron masyarakat disebabkan dia mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.”

Akhiri Adam, dia turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan sepenuhnya.

 

SUMBER : mStar Online