Kak Long tampil mohon maaf lagi, selepas dituduh netizen hina OKU

Kak Long tampil mohon maaf lagi, selepas dituduh netizen hina OKU

Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini? Hilang akal budi sopan santun orang Melayu kita bila bebas menunjukkan perangai masing-masing di sosial media.

Sebelum ini wanita berasal dari Dungun, Terengganu ini mencetuskan amarah netizen apabila membuat video siaran langsung di dalam sebuah kedai serbaneka. Niat asal mahu mencari kebenaran, namun lain pula yang jadi apabila ada yang mempertikaikan gaya percakapannya.

Selepas tular dengan kisah tersebut, sebuah stesen TV pula mahu menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long ini dalam sebuah program. Netizen menegur stesen TV berkenaan supaya tidak ‘mengangkat’ orang sebegini biarpun tujuan dia dijemput adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua.

Mengambil kira teguran tersebut, program itu ditangguhkan dan stesen TV juga turut menjelaskan tujuan episod dengan tetamu undangan berkenaan. Bagaimanapun, belum reda isu berkenaan wanita ini sekali lagi menimbulkan amarah netizen apabila didakwa menghina Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam satu rakaman siaran langsung tersebut, Kak Long telah mengajuk cara OKU bercakap sambil tertawa seronok sekali. Berikut adalah rakaman Kak Long dituduh netizen hina OKU yang sempat dirakamkan dan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter:

Bagaimanapun, menerusi halaman Facebook dengan nama Wan Noor Baizura, wanita ini memohon maaf mengenai dituduh netizen hina OKU.

 

Harapnya lepas ini isu sebegini redalah. Nak bermain dengan media sosial memang perlu berhati-hati supaya tiada pihak yang tersinggung.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: