Kak Lina Tersasul Panggil PU Azman ‘Sayang’ bikin ramai terhibur
Sejak kebelakangan ini, rezeki Kak Lina Pom Pom nampaknya semakin mencurah-curah dengan lambakan drama dan program yang disertainya. Bersempena dengan bulan Ramadan ini juga, Kak Lina atau Elly Mazlein tampil denggan satu program masakan. Ramai artis yang turut sama dijemput sebagai tetamu jemputan di dalam rancangan yang dihoskan oleh Kak Lina ini.
Baru-baru ini pula, episod yang menampilkan PU Azman tular dikongsikan di media sosial gara-gara kesilapan yang tidak disengajakan dari Kak Lina. Di dalam episod itu, Kak Lina telah secara tidak sengaja memanggil PU Azman dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mereka sedang sibuk memasak. Reaksi dari kedua-duanya turut menghiburkan netizen yang menonton.
@radiotelevisyenmalaysia Alamak 🤣🤣 #RamadanMubarak #fypシ #rtm75 #Tv1 #foryou #explore #DramaBest
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Di dalam video yang dikongsikan ini, Kak Lina Pom Pom dilihat sedang membantu PU Azman yang sedang menggoreng ikan untuk masakannya. Ketika membantu untuk mencedok ikan tersebut ke pinggan, Kak Lina tersasul memanggilnya dengan panggilan ‘Sayang’ sekaligus mengejutkan penceramah bebas itu. Namun, PU Azman hanya mampu ketawa kecil selepas mendengarnya.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen cukup terhibur melihat gelagat Kak Lina yang tidak dijangka ini. Ada juga netizen yang menganggap mungkin Kak Lina sendiri sudah biasa menggelarkan orang sekeliling dengan panggilan itu sehingga sudah terbiasa. Selain itu, ada juga netizen yang berseloroh tentang tangan PU Azman yang dilihat sedikit menggigil kerana terkejut mendengar panggilan itu.