Kak KM ‘backup’ dress anak keterlaluan – “bagi saya baju itu biasa sahaja”

Kak KM ‘backup’ dress anak keterlaluan – “bagi saya baju itu biasa sahaja”

Baru-baru ini, anak-anak perempuan kepada usahawan sensasi Kak KM mengundang kecaman netizen kerana menggayakan gaun putih sehingga menampakkan lurah mereka.

Menurut laporan mStar Online, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, penampilan ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya ke-20 tahun itu tidak keterlaluan seperti disangka orang ramai.

@sweetdara_stokiskmbeauty

♬ original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara

“Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula.
“Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.
“Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap,” kata anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu.

Walau bagaimanapun, dia tidak melatah sebaliknya menganggap isu dibangkitkan itu secara tidak langsung dapat membantu melariskan lagi perniagaan yang diusahakan.

 

@sweetdara_stokiskmbeauty

♬ Beautiful In White – Shane Filan

“Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral.
“Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Terdahulu, usahawan tersebut memuat naik beberapa video memaparkan sekitar sambutan ‘anniversary’ sehingga menerima pelbagai reaksi terutama membabitkan penampilan mereka.

Untuk rekod, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli dan dikurniakan Nabila, 19; Fariz, 15; Rania 12; dan Cinta Carissa yang kini berusia setahun.