Justin Bieber marah & larang, isteri berbaik dengan Selena Gomez

Justin Bieber marah & larang, isteri berbaik dengan Selena Gomez

Bagaimanapun, perhubungan baik yang mula terjalin antara model, Hailey Bieber dan penyanyi, Selena Gomez seakan tidak disenangi Justin Bieber. Hal ini kerana, pelantun lagu Never Say Never ini yang juga merupakan bekas kekasih Selena tidak membenarkan isterinya menjalinkan hubungan rapat dengan Selena. Menerusi laporan Geo TV, Justin berbuat demikian kerana bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara mereka kelak.

Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selana kerana takut sesuatu yang buruk berlaku.

Terdahulu, Hailey dan Selena didakwa tidak mempunyai hubungan yang baik kerana model terkenal itu dituduh merampas Justin daripada Selena. Malah sejak daripada itu, pelbagai spekulasi timbul yang mengaitkan nama ketiga-tiga selebriti terkenal ini malah ramai dalam kalangan peminat masih berharap agar Justin dan Selena kembali bersatu.

Sebelum ini, Hailey yang muncul dalam satu temu bual menafikan tuduhan orang ramai yang menggelarkan dirinya sebagai perampas. Bukan itu sahaja, Hailey turut menegaskan hubungannya dengan Selena baik-baik sahaja.

Sumber: Geo TV