“Just be yourself, jangan malu”, 5 longhat dalam 1 minit, memang gempak!
Kepelbagaian etnik dan budaya yang terdapat di Malaysia menjadikan negara ini cukup unik sekali. Malah setiap negeri atau daerah memiliki cara percakapan atau loghat masing-masing. Bergantung kepada kedudukan negeri seperti pantai timur, selatan, utara mahu pun di kepulauan Borneo.
Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki yang mampu bercakap dalam 5 loghat dalam satu minit. Dalam rakaman yang dimuat naik di Tiktok tersebut, seorang lelaki sedang menerangkan tentang sesuatu perkara.
Dimulakan dengan perbualan dalam loghat Terengganu, diikuti Kelantan dan beberapa negeri yang lain. Paling hebat lelaki ini juga boleh bercakap dalam loghat Sarawak! Memang luarbiasa bakat lelaki yang juga seorang guru ini.