Juruterbang helikopter terhempas ditemui maut di lokasi kejadian

Juruterbang helikopter terhempas ditemui maut di lokasi kejadian

Juruterbang helikopter Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam disahkan maut oleh pihak berkuasa.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus sekitar jam 10.12 pagi

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan mangsa disyaki meninggal dunia di lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus