Juruteknik ditahan disyaki bergaduh dengan warga asing di Lebuh Chulia

Juruteknik ditahan disyaki bergaduh dengan warga asing di Lebuh Chulia

 

 

 

 

Polis menahan seorang juruteknik lelaki warga tempatan selepas dipercayai mencederakan seorang lelaki warga asing dalam satu pergaduhan yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada mangsa berusia 40 tahun.

Menurutnya, terkesan satu video berdurasi 38 saat yang dimuat naik pemilik akaun twitter “nanmanjoi8715” telah memaparkan pergaduhan dua lelaki di hadapan sebuah restoran kira-kira pukul 9.37 pagi tadi.

”Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 13 Jun (semalam) kira-kira pukul 12.30 pagi di kawasan Lebuh Chulia.

”’Mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Central mendakwa telah diserang seorang lelaki bangsa tidak pasti dengan menggunakan botol minuman sehingga mengalami kecederaan luka pada bahagian muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Soffian memberitahu, hasil siasatan lanjut mendapati punca kejadian disebabkan mabuk dan berlaku pertengkaran mulut setelah suspek menegur pengadu secara kasar.

”Suspek tiada rekod kesalahan lampau dan hasil ujian awal polis ke atas suspek dapati negatif dari sebarang jenis dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 17 Jun ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.