Jururawat disaman gara-gara mengata rambut anak pelakon Indonesia ini
Mulut orang memang sukar untuk ditutup dan kita juga tidak boleh berharap semua orang akan menyukai kita. Namun kebanyakan pengguna media sosial terutamanya selebriti terkenal tentunya tidak dapat melayan semua komen negatif yang mereka terima di media sosial dan memutuskan untuk menutup ruangan komen.
Namun begitu pelakon Indonesia, Shandy Aulia mempunyai jalan penyelesaian yang berbeza apabila dia bertindak menyaman individu yang mengkritik rupa anaknya.
Me as a new mother: pic.twitter.com/i9sx2Ooih6
— Tatty Hassan (@tattyhassan) July 4, 2021
Seperti ramai ibu, Shandy sering berkongsikan perkembangan anak sulungnya di media sosial, dan sementara dia menerima pelbagai komen positif dan pujian, ada juga suara-suara negatif yang mengganggu fikirannya.
Seorang netizen yang juga merupakan seorang jururawat adalah salah seorang yang meninggalkan komen tentang anak pelakon itu dengan mengatakan budak tersebut tidak cukup zat sehingga rambut kanak-kanak itu tumbuh seperti jagung.
Malah sebelum memutuskan untuk menyaman jururawat tersebut, ibu mertua Shandy menghubungi wanita berkenaan untuk berbincang tentang tindakannya mengata cucunya, namun jururawat tersebut langsung tidak rasa bersalah malah turut menghina ibu mertua pelakon itu.
Shandy yang tidak lagi dapat menahan sikap biadap individu itu akhirnya bertindak mengupah 15 peguam untuk menyaman jururawat tersebut. Sementara itu netizen rata-ratanya setuju dengan tindakannya itu dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama.
“Kalau aku ada duit…”
Kalau aku ada duit dah lama aku saman budak2 sekolah rendah (menengah pun ada) yang ejek rupa aku https://t.co/d7vD06fAuF
— ain 🇵🇸 (@brokendiemond) July 4, 2021
“Memang patut gini …”
Memang patut gini sebab orang selalu mulut mcm sial https://t.co/HWflFmpj3t
— nana luv cheese 🧀 (@n4yno) July 4, 2021
“ejek rambut aku maggie…”
i should've saman my tadika friends back then, ejek rambut aku maggie hari2 😔 https://t.co/1FLxDTILLI
— ackerman bot🇵🇸 (@babymintyzs) July 4, 2021
“cakap rambut anak aku macam durian…”
Aku patut saman pompuan dekat aeon shah alam yang cakap rambut anak aku macam durian and saman jugak makcik purdah dekat tesco sebab cakap rambut macam rambutan. 😡 https://t.co/DF3lgyKabs
— Lily Lilyputian (@masturaraalalaa) July 4, 2021
“macam pokok kelapa…”
kenapa dulu cikgu disiplin sek rendah cakap rambut aku macam pokok kelapa mak aku gelak and tak hantar lawyer ye? kecewanya….. https://t.co/euuc8ecTZM
— 🇵🇸 (@dustcokee) July 4, 2021