Jualan sambal raih RM14 juta, Khairul Aming buka kilang sambal ‘Nyet’ kedua

Chef selebriti, Khairulaming terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila mengumumkan bakal membuka kilang keduanya bagi pengeluaran sambal tidak lama lagi.

Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu berkata, jualan produk sulungnya Sambal Nyet Berapi juga telah mencecah RM14 juta selepas dihasilkan sejak awal tahun lalu.

“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal dimana bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.
“Kalau sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang dalam 200 botol sehari, sekarang kita naik ke 5,000 botol sambal sehari. Team kita pun dah berkembang dari lebih kurang lapan naik ke 50 orang.
“Selain itu, parcel pun kita hantar berguni-guni sehari, tapi sekarang dah naik ke tiga lori kurier sehari dan saya gembira nak umumkan..
“Kita akan tambah lagi satu kilang baru. Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi korang, selamat datang ke kilang kedua saya,” katanya menerusi sebuah video di laman Twitter.

COMMENTS