Jiran cakap dah selalu nampak, Amber Heard kantoi berak tepi jalan

Jiran cakap dah selalu nampak, Amber Heard kantoi berak tepi jalan

Pelakon filem Aquaman, Amber Heard kembali menjadi topik hangat selepas satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aktres berkenaan dengan selamba membuang air besar di tepi jalan.

Berak dalam keadaan mabuk

Tindakan menjijikkan Amber Heard itu difahamkan bermula dengan dirinya yang membuka seluar di khalayak ramai semasa berada di sekitar kawasan perumahannya di Sepanyol.

Lebih mengejutkan, bekas isteri Johnny Depp itu dipercayai membuang air besar dalam keadaan mabuk dan perbuatan tersebut dirakam oleh salah seorang jiran yang berada di kawasan perumahannya.

Individu berkenaan mendakwa perbuatan Amber Heard itu bukanlah kejadian yang berlaku buat kali pertama malah beberapa penduduk turut merungut apabila kerap terhidu bau busuk sejak dia pindah ke sana.

Tak mengaku, kata tahi anjing

Bukan itu saja, disebabkan tidak tahan dengan bau dan juga sikap pelakon tersebut, penduduk di kawasan perumahan tersebut bersetuju untuk memasang CCTV demi mendapatkan kebenaran.

Walau bagaimanapun, Amber menolak dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa ia merupakan perbuatan anjing yang berkeliaran di sekitar kawasan itu.

Sebelum ini, situasi yang lebih kurang sama turut didedahkan oleh Johnny Depp dengan mengatakan bahawa Amber Heard pernah membuang air besar di atas katil mereka.

Sumber: YouTube