Jep Sepahtu buat hal lagi, minta Uqasha Senrose suapkan aiskrim “ingat i tak berani?”

Jep Sepahtu buat hal lagi, minta Uqasha Senrose suapkan aiskrim “ingat i tak berani?”

Jika minggu lalu Jep viral disebabkan berani untuk disuap selebriti jelita Erra Fazira, episod kedua ‘Sepahtu Reunion Live Tour 2022’ di Pasir Gudang juga tak kurang sambutannya. Apalagi ia dimeriahkan dengan kehadiran Uqasha Senrose sebagai selebriti jemputan, selain Datuk Ramli Sarip sebagai bintang cameo.

Gelagat gila Tapan semakin menjadi-jadi…bahan Uqasha secara live, kemudian lari di barisan tempat duduk penonton

Kesinambungan daripada episod sebelumnya, gelagat watak orang gila bernama Tapan ternyata semakin menjadi-jadi. Bukan setakat ‘membahan’ nyanyian sumbang Uqasha Senrose secara live, bahkan suasana di stadium turut gamat apabila Jep tiba-tiba berlari ke arah penonton. Apa yang mencuit hati, giginya juga dengan salah seorang pak cik yang kebetulan berada di sana.

 

@nieta2509

Jangan persenal🤣🤣… Ada2 aje gelagat jep nie#sepahtureunionlive2022 #jepsepahtu #uqashasenrose #fyppp #lawak

♬ bunyi asal – Nieta2509 – Nieta2509

 

@nieta2509

Untung pakcik tu😂#sepahtureunionlive #jepsepahtu#rahimsepahtu#lawak #fyppp

♬ bunyi asal – Nieta2509 – Nieta2509

Kalau beli aiskrim suap, sebab saya nak hilangkan pedas bubur haritu…haa ingat I tak berani?

Paling mencuri tumpuan, Jep sekali lagi berani ‘buat hal’ apabila ingin makan aiskrim sambil disuap oleh Uqasha Senrose pula. Dia turut berseloroh, mahu hilangkan pedas bubur yang viral sebelum ini. Malah dialog lucu berkenaan seolah-olah sengaja ditujukan kepada isterinya, Sari Yanti.

 

@firdauszuberr

kalau beli aiskrim suap, sebab sy nk hilangkn rasa pedas bubur hari tu 🤣🤣🤣 #sepahtureuniontour #jepsepahtu #jepsepahtu

♬ original sound – Firdaus Zuber – Firdaus Zuber

Jep dah tak behave sekarang, makin berani…confirm Sari Yanti on the way dengan aiskrim wasabi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan babak sketsa tersebut. Dalam masa yang sama, mereka turut berseloroh Sari Yanti akan suapkan aiskrim berperisa pedas pula kepada Jep lepas pulang ke rumah.

“Ingat I Tak Berani?” – Jep Buat Hal Lagi, Minta Uqasha Senrose Suapkan Aiskrim

 

 

“Ingat I Tak Berani?” – Jep Buat Hal Lagi, Minta Uqasha Senrose Suapkan Aiskrim

“Ingat I Tak Berani?” – Jep Buat Hal Lagi, Minta Uqasha Senrose Suapkan Aiskrim

“Ingat I Tak Berani?” – Jep Buat Hal Lagi, Minta Uqasha Senrose Suapkan Aiskrim

 

 

Kredit : TikTok firdauszuberr