“Jemput hadir Tuan Puan, kami merayu,” Pusat Darah Negara seru orang ramai derma darah di bulan mulia ini

“Jemput hadir Tuan Puan, kami merayu,” Pusat Darah Negara seru orang ramai derma darah di bulan mulia ini

Pusat Darah Negara (PDN) menyeru kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Menerusi ciapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.

“Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” kata PDN menerusi ciapan itu.

Tidak cuma itu, anda juga membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang).

Sumber: Pusat Darah Negara