Jawab kenyataan ‘bos Mydin’, Caprice akan tetap teruskan saman

Jawab kenyataan ‘bos Mydin’, Caprice akan tetap teruskan saman

Walaupun ramai yang sudah muak dengan deretan isu selebriti kontroversi, Caprice yang sering berlegar-legar di media sosial, namun, masih ada yang mahu tahu perkembangan terkini berkaitan tindakan yang ingin dilakukan setelah dirinya berasa tersindir dengan ciapan milik Twitter pasar raya terkemuka negara, Mydin.

Sebelum ini, perkongsian di Insta Story Caprice yang memberikan tempoh 24 jam untuk pihak Mydin mengeluarkan video permohonan maaf kepadanya ekoran ciapan tersebut telah dijawab oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang ‘mengalu-alukan’ surat saman dari selebriti terbabit.

Tak sangka orang dihormati biarkan team media perli Caprice

Enggan lama berdiam diri, pemilik nama Ariz Ramli itu telah mengeluarkan kenyataan ringkasnya di Insta Story dengan mengatakan yang dia tidak menyangka bahawa seseorang yang sangat dihormati sanggup membiarkan team medianya untuk menyindir orang lain.

 

 

Saya tidak pernah sangka seseorang yang kami hormati akan merendahkan diri untuk membiarkan pasukan media sosialnya menyindir saya,
“Macam mana nak nafikan sedangkan ruang komen memang tag/tau tu semua merujuk kepada saya…” tulis Caprice.

Akan teruskan saman

Penjelasan itu dibuat susulan ada pertanyaan dari pengikutnya di media sosial yang bertanya tentang tindakan lanjut berkenaan isu saman yang ingin dilakukan oleh Caprice kepada pihak Mydin.

Terdahulu, satu ciapan dibuat Twitter milik Mydin yang mempromosikan topi dan beras di media sosial telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata berpendapat bahawa ciapan terbabit ditujukan kepada Caprice yang mana sedang rancak diperkatakan kerana sering melibatkan diri dalam isu-isu semasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sumber: Instagram Caprice