Jasad artis terjatuh dari bot ditemui selepas 3 hari hilang

Jasad artis terjatuh dari bot ditemui selepas 3 hari hilang

Selain drama-drama Indonesia, karya dari negara jiran iaitu Thailand juga sering menjadi pilihan untuk ditonton meskipun menggunakan bahasa yang berbeza. Walau bagaimanapun, sejak beberapa hari ini kecoh industri hiburan di negara tersebut apabila seorang pelakon terkenal dikatakan telah pun terlibat dalam satu insiden menyayat hati.

Tangmo Nida tercampak keluar dari bot sewaktu bersiar-siar dengan rakan

Sejak khamis lalu, Tangmo Nida yang baru berusia 38 tahun telah dilaporkan tercampak keluar dari sebuah bot laju yang dinaikinya. Aktres berkenaan bersama manager dan beberapa orang rakan yang lain dikatakan sedang dalam perjalanan dari Krung Thon Bridge ke RAMA VII Bridge di Sungai Chao Praya sekitar jam 11 malam.

@plaijee171721

ติดตามข่าวจนกว่าจะเจอ😢 ขออนุญาตเจ้าของคลิปนะค้ะ🙏🏻😢 ภาพถ่ายกล้องวงจรตอนพี่โมเดินลงเรือ #เเตงโมนิดา

♬ เสียงต้นฉบับ – Plai Jeerawan Polamn – Plai Jeerawan Polamn

Jasad Artis Tercampak Bot Ditemui Lepas 3 Hari, Ibu Sedih Tengok Sampai Pengsan 2

Jasad Artis Tercampak Bot Ditemui Lepas 3 Hari, Ibu Sedih Tengok Sampai Pengsan 3

Lepas 3 hari akhirnya jumpa jasad, ibu sampai pengsan tengok keadaan anak

Setelah 3 hari pencarian dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat, jasad pelakon drama ‘The Fallen Leaf’ itu ditemui kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian tersebut berlaku. Seterusnya, ia akhirnya dibawa ke sebuah jeti di mana ibu serta rakan-rakannya menunggu. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan jelas tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat keadaan anaknya yang sudah tiada sehingga pengsan.

@yingmay1591308

เสียใจที่สุด🖤🖤 ที่ผ่านมา เธอคือผู้หญิงเก่ง แกร่งมาก แตงโม นิดา😭😭😭 #คนไทยในต่างแดน🇹🇭🇲🇾🇨🇳

♬ เสียงต้นฉบับ – กล้วยหมกลืม เมืองลุง – กล้วยหมกลืม เมืองลุง(เพลงใต้)

@piglet639

วินาที คุณแม่ เจอศพน้องแตงโม นิดา ขอแสดงความเสียใจ ด้วยคับ #แตงโมนิดา #อย่าปิดการมองเห็น

♬ เสียงต้นฉบับ – ZanookKy.dog..💓🤟 – ZanookKy.dog..💓🤟

@tan_1_9_8_3

ไปเป็นนางฟ้าบนสวรรค์นะ🍉#แตงโมนิดา #fypシ #fyp #tiktok_india

♬ เสียงต้นฉบับ – ตาล-เขยหนองบัว – ตาล-เขยหนองบัว

Duduk di bahagian belakang bot, tak pakai life jacket

Menerusi portal The Bangkok Post, Tangmo dikatakan telah duduk di belakang bot tersebut sebelum tergeluncur. Selebriti itu juga dikatakan tidak memakai jaket keselamatan. Kejadian yang menimpa artis tersebut disedari oleh pengurusnya sebelum dia menjerit minta pertolongan.