‘Janna Nick versi sado’ Lelaki gigih buat badan, wajah mirip pelakon wanita jadi perhatian

‘Janna Nick versi sado’ Lelaki gigih buat badan, wajah mirip pelakon wanita jadi perhatian

Pelakon terkenal, Janna Nick ketika ini difahamkan sedang berada di luar negara selepas didakwa putus cinta dengan teman lelakinya, Dini Schatzmann.

Mirip betul la

Namun begitu, beberapa video seorang lelaki berbadan sasa yang mirip dengan Janna telah mencuri perhatian netizen di media sosial apabila wajahnya dikatakan sama dengan pelakon terbabit.

@youngarif

Tak pandai pose ☹️

♬ Neon Blade(DJ版) (安小飞 Remix) – 安小飞

Versi lelaki ke macam mana ni?

Menggunakan nama akaun @youngarif, lelaki itu dilihat kerap memuat naik video menunjukkan tubuhnya yang sado memandangkan dia sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Walaupun sering berkongsi video menunjukkan dirinya bersenam di aplikasi TikTok, namun wajahnya yang mirip dengan Janna Nick lebih diberi perhatian.

 

 

 

Ingatkan perempuan tadi

Betul2 serupa!

Ada yang tawar diri nak jadi isteri

Janna Nick dah sado?

Banyak kali dah disamakan

Memetik laporan dari Mstar yang berjaya menghubungi jejaka tersebut, pemilik nama Muhammad ‘Arif Abd Syukor memaklumkan bahawa ini bukan kali pertama dirinya disamakan dengan pelakon drama Melastik Ke Hatimu.

Namun dia tidak menyangka bahawa posting yang dibuat pada awal minggu lalu mendapat perhatian sehingga ramai yang meninggalkan komen berkenaan wajahnya.

“Sebenarnya bukan pertama kali saya menerima komen yang mengatakan wajah saya mirip Janna Nick, tapi tidak sebanyak komen kali ini. Sangat banyak.
“Saya rasa kelakar sebab saya pernah terserempak dengan Janna Nick depan-depan, dan saya merasakan wajah kami tiada persamaan,” katanya.

Tak kisah dipanggil Janna Nick

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak kisah atau terasa hati andai digelar Janna Nick versi lelaki kerana faham dengan gurauan netizen.

“Saya tidak kisah dengan gelaran yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang melabelkan saya sebagai Janna Nick versi sado.
“Selain Janna Nick, terdapat juga banyak komen netizen yang menyamakan saya seperti watak anime dalam Demon Slayer iaitu Inosuke Hashibra.
“Inosuke merupakan pemuda berbadan sado dan berwajah feminin. Wataknya baik, kuat dan bertenaga. Saya anggap ini sebagai pujian,” ujarnya.

Memang suka pergi gim

Tambah pemuda berusia 28 tahun, dia sememangnya melazimi aktiviti mengangkat beban sejak sedekat lalu dan pernah menjadi jurulatih kecergasan sekitar tahun 2018.

“Saya bersenam di gim enam kali seminggu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti luar seperti hiking, badminton dan futsal,”
@youngarif

♬ original sound – Ring Tail

Di akhir perbualan, Arif sempat menyatakan yang dia berkongsi video bersenam di media sosial adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam dengan cara selamat.

 

Sumber: TikTok @youngarifMstar