Janna Nick sering dengar 5 suara dalam kepala sepanjang hari

Janna Nick sering dengar 5 suara dalam kepala sepanjang hari

Pelakon Janna Nick mendedahkan bahawa sikap riang dan gembira yang ditonjolkan kepada orang ramai dan peminat bukanlah gambaran mengenai sikapnya yang sebenar.

Kata Janna, menghidapi penyakit berkaitan masalah mental bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditangani kerana ia menyebabkan fikiran dan hatinya sering tidak sehaluan.

 

 

Jelasnya lagi, otak pesakit mental ‘sangat bising’ dan terganggu sekaligus menyebabkan dia gemar untuk bercakap dengan suara yang kuat ketika berhadapan dengan orang.

 

Ketahuilah pesakit mental ini otak mereka sangat bising sebab itu saya bercakap kuat. Kadang-kadang bukan sebab saya happy go lucky atau lantang. Tapi hati dan otak tak sehaluan. Hati rasa lain, otak cakap lain.

Dia juga memaklumkan bahawa perlu sentiasa bersikap positif dan masih bergantung pada pengambilan ubat bagi memastikan  dia dalam keadaan tenang dan baik.

 

Bayangkan duduk sendirian di tengah keramaian, pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri. Bukan satu suara tapi empat hingga lima suara sepanjang hari. Hanya tidu menjadi waktu yang paling sunyi dan paling tenang sebab tu kadang-kadang ubatan sangat membantu.

Sekitar hujung bulan April yang lalu, Janna mendedahkan bahawa dia  mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah cuba untuk membunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Tambahnya lagi, penyakit mental yang dihidapinya itu semakin teruk dan turut menganggu kesihatannya ketika dia melakonkan watak sebagai seorang pesakit mental dalam drama bersiri berjudul Misteri Mona suatu ketika dahulu.

 

SUMBER : mStar Online