Janna Nick didakwa nikah di Thailand

Janna Nick didakwa nikah di Thailand

Seorang individu menerusi laman Twitter mendakwa aktres Janna Nick telahpun mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktor Dini Azan Schatzmann di selatan Thailand pada tahun lalu.

Netizen atas nama akaun @munafiqburner itu turut berkongsi sekeping keratan yang memperlihatkan nama penuh dan nombor kad pengenalan Janna serta Dini.

Keratan itu mend4kwa pasangan ini telahpun melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019.

Berikut adalah paparan keratan yang menjadi tular dan mengund4ng tanda tanya ramai ini:-

Keratan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @munafiqburner yang sedang menjadi perbualan dan persoalan ramai.

Dalam pada itu, sebuah lagi kiriman daripada individu sama turut mendakwa Janna dan kekasihnya yang berdar4h kacukan itu kahwin lari di tempat berkenaan.

Status Twitter susulan daripada individu sama yang mend4kwa Janna ‘kahwin lari’ dengan Dini Schatzmann di Thailand.

Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner ketika dihubungi portal Astro Gempak untuk mengulas mengenai khabar angin yang tersebar, memberi reaksi balas dengan mengatakan dirinya enggan untuk memberi sebarang komen lanjut.

Terdahulu, pelakon cantik itu pernah mewar-warkan tentang hubungan cintanya dengan Dini pada November tahun lalu.

Dalam ulasan Janna sebelum ini, dia memberitahu status percintaan mereka yang berputik sejak Jun 2019.

Apapun sama-sama kita nantikan sekiranya beliau sudah bersedia untuk memberi kenyataan lanjut kelak.