Janna Nick berjaya miliki rumah baru lagi, murah rezeki

Janna Nick berjaya miliki rumah baru lagi, murah rezeki

Selebriti popular, Janna Nick berkongsi berita di Instagram apabila dia kini berjaya memiliki kediaman kedua.

Memuat naik foto yang berlatarbelakangkan rumah teres dia tingkat yang baru dibeli, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini turut menulis coretan humor menerusi ruangan kapsyen.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulis Janna sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang teruja dengan pencapaian penyanyi dan pelakon itu.

“Congratulations,” ucap Dewi Remaja Shaza Bae. Nabila Razali turut memberikan ucapan sama.

“Alhamdulillah rezeki,” komen seorang peminat.

“Alhamdulillah tahniah Janna rumah baru. Rumah yang keberapa ni?,” tanya peminat yang turut mendapat reaksi Janna.