Jangan terpedaya dengan panggilan palsu, Maybank dedahkan ayat ‘Scammer’

Jangan terpedaya dengan panggilan palsu, Maybank dedahkan ayat ‘Scammer’

Berurusan dalam talian sememangnya memberi pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, harus diingatkan ancaman jenayah siber yang berleluasa sekarang ini.

Ekoran banyak kes penipuan dalam talian yang dilaporkan sebelum ini, pihak Maybank menerusi laman Twitter rasmi ada berkongsikan beberapa ayat yang biasa digunakan oleh ‘scammer’ untuk mengaut keuntungan dengan cara yang salah.

Pengguna perlu mengambil tahu ayat-ayat tersebut supaya tidak mudah terperdaya dengan ‘pujukan’ dari individu yang tidak bertanggungjawab.

Antara ayat-ayat lazim yang sering digunakan oleh ‘scammer’ adalah seperti berikut:

  1. Anda mempunyai pembayaran kad kredit yang belum selesai(pending)
  2. Anda terlibat dalam transaksi berkaitan dadah dan pengubahan wang haram
  3. Kami akan hubungkan panggilan ini kepada pegawai polis untuk siasatan
  4. Syarikat telah didaftarkan atas nama anda
  5. Sekiranya ini bukan kad kredit anda, kemungkinan maklumat identiti anda telah dicuri
  6. Kerana PKP, kes anda akan disiasat oleh pegawai polis melalui panggilan telefon ini
  7. Sila berikan nama pengguna, kata laluan dan nombor kad ATM anda untuk siasatan lanjut
  8. Pegawai bank terlibat dalam kes anda. Wakil dari bank akan menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi anda
  9. Jangan periksa akaun bank anda dan jangan beritahu sesiapa mengenai panggilan ini, termasuk ahli keluarga anda, sekurang-kurangnya 3 hari.
  10. Akaun bank anda dibekukan dan disiasat oleh Jabatan Audit Negara

10 ayat yang dikongsikan oleh Maybank ini agar semua pengguna lebih berhati-hati ketika menerima panggilan daripada pihak yang mencurigakan.

Pihak Maybank juga menasihatkan sekiranya anda secara tidak sengaja mendedahkan maklumat anda, terus hubungi talian 03-58914744 untuk tindakan lanjut.

Sumber: Maybank