‘Jangan sentuh obor-obor beracun, boleh bawa maut’

‘Jangan sentuh obor-obor beracun, boleh bawa maut’

Seorang lelaki terselamat apabila dia dengan beraninya memegang dan menjilat obor-obor yang dia temui di tepi pantai.

Video yang dimuatnaik di akaun TikTok (@Alexa_reed2) bagi ditunjukkan haiwan itu terdampar di pantai. Obor-obor berwarna biru transparent dan memiliki ekor panjang.

“Tengok semua, ada obor-obor masih ada di sini,” katanya sambil menyebut betapa dingin dan berlendirnya makhluk itu.

@alexa_reed2

#fyp #foryoupage #paratupagina still alive guys LOL 😂

♬ original sound – Alexareed

“Seperti inilah bentuknya. Ya, obor-obor, lihatlah betapa besarnya, dia masih bergerak. Aku akan jilatnya,” tambahnya.

Mirror (8 Mei) melaporkan, bahawa dia (lelaki itu) tidak sedar yang dia telah menjilat Man O’War iaitu spesis obor-obor beracun asal Portugis yang sangat beracun.

Tambahnya, walaupun manusia jarang terbunuh kerana racun obor-obor itu. Namun, ia berfungsi melumpuhkan mangsanya dengan sengat yang menyebabkan bekas luka dan rasa sakit selama beberapa hari.

Sumber: Kompas.com