“Jangan sapu minyak gamat pada kucing…”-Pembantu doktor haiwan beri pesanan

“Jangan sapu minyak gamat pada kucing…”-Pembantu doktor haiwan beri pesanan

Sesetengah pemilik kucing sangat teliti dalam penjagaan anak bulus mereka kerana menganggap haiwan peliharaan mereka itu sebagai anak sendiri.

Tetapi ramai juga yang menjadi ibu bapa angkat kucing-kucing terbiar sekadar untuk memberi mereka perlindungan, dan biasanya kucing-kucing ini lebih liar dan sering terlibat dalam pergaduhan dengan kucing-kucing lain.

Akibatnya mereka kembali ke rumah dengan luka-luka di badan, namun sesetengah ibu bapa angkat mungkin tidak mempunyai bajet untuk membawa mereka ke klinik haiwan.

Jadi apa yang seseorang itu dapat lakukan dalam situasi ini adalah menggunakan ubat-ubat yang ada dalam simpanan peti pertolongan cemas di rumah seperti krim dettol, iodin dan sebagainya.

Salah satu rawatan yang paling biasa digunakan adalah minyak gamat yang dapat menyembuhkan luka pada kulit manusia dengan cepat.

Screenshot 2021-08-21 050117
Kredit foto: Awani

Namun seorang pembantu doktor haiwan ini telah berkongsikan bahawa minyak gamat tidak sesuai digunakan pada kucing dan lebih cenderung untuk memudaratkan mereka.

Menurut pengguna atas nama Eman, meletakkan minyak gamat pada luka kucing boleh menyebabkan kulit mereka melepuh, kerana tidak seperti kulit manusia yang berlapis-lapis, kulit kucing sangat nipis seperti kertas.

Rata-rata netizen setuju bahawa kucing yang sakit perlu dibawa ke klinik haiwan dengan segera, sementara ada juga yang mengakui pernah menggunakan minyak gamat pada kucing mereka.

“sebab cepat sembuh luka depa…”

“pengaruh facebook…”

“letak gamat baru elok…”