“Jangan sapu minyak gamat pada kucing…”-Pembantu doktor haiwan beri pesanan
Sesetengah pemilik kucing sangat teliti dalam penjagaan anak bulus mereka kerana menganggap haiwan peliharaan mereka itu sebagai anak sendiri.
Tetapi ramai juga yang menjadi ibu bapa angkat kucing-kucing terbiar sekadar untuk memberi mereka perlindungan, dan biasanya kucing-kucing ini lebih liar dan sering terlibat dalam pergaduhan dengan kucing-kucing lain.
Akibatnya mereka kembali ke rumah dengan luka-luka di badan, namun sesetengah ibu bapa angkat mungkin tidak mempunyai bajet untuk membawa mereka ke klinik haiwan.
Jadi apa yang seseorang itu dapat lakukan dalam situasi ini adalah menggunakan ubat-ubat yang ada dalam simpanan peti pertolongan cemas di rumah seperti krim dettol, iodin dan sebagainya.
Salah satu rawatan yang paling biasa digunakan adalah minyak gamat yang dapat menyembuhkan luka pada kulit manusia dengan cepat.
Namun seorang pembantu doktor haiwan ini telah berkongsikan bahawa minyak gamat tidak sesuai digunakan pada kucing dan lebih cenderung untuk memudaratkan mereka.
Dear pencinta kucing, kalau kucing anda ada luka², bengkak atau apa² jenis sakit kulit tolong jangan sapu minyak gamat ye. sebabnya kulit kucing ni nipis so kalau letak minyak gamat kulit kucing boleh jadi melepuh dan makin teruk. better terus pergi vet for further checkup. pic.twitter.com/uNkc39v9Oq
— Eman ايمن ⚪🏴 (@estarossadness) August 19, 2021
Menurut pengguna atas nama Eman, meletakkan minyak gamat pada luka kucing boleh menyebabkan kulit mereka melepuh, kerana tidak seperti kulit manusia yang berlapis-lapis, kulit kucing sangat nipis seperti kertas.
minyak gamat bagus utk sembuhkan luka pada manusia seperti kita kerana lapisan kulit kita tebal dan berlapis-lapis. tetapi kulit kucing pula nipis seperti lapisan kertas. bayangkan sehelai kertas diletak minyak, pasti ianya kembang, lembut serta mudah koyak. https://t.co/rdFmnt870q
— Eman ايمن ⚪🏴 (@estarossadness) August 19, 2021
Rata-rata netizen setuju bahawa kucing yang sakit perlu dibawa ke klinik haiwan dengan segera, sementara ada juga yang mengakui pernah menggunakan minyak gamat pada kucing mereka.
“sebab cepat sembuh luka depa…”
Why..? Selalu letak minyak gamat sebab cepat sembuh luka depa.. Mcm mana boleh melepuh..? https://t.co/k0MIvKwVfC
— ME #StaySafe (@QisHa_AshQin) August 19, 2021
omg my mom letak minyak gamat dekat kucing HAHAHAHAHA https://t.co/UQN7HjL9zD
— piaaa (@saffinash) August 19, 2021
“pengaruh facebook…”
Aaaaa ayah pernah letak minyak gamat kat my cat nasib tak jadi papeeeee semua pengaruh facebook! https://t.co/AIFYGFcoGC
— Natasha (@nurulntshaa) August 19, 2021
“letak gamat baru elok…”
😭😭😭😭 baru tauu sebelum ni letak ubat luka kucing tak elok2 pon letak gamat baru elok tapi sian laa https://t.co/sLseNVP8Vj
— 🥟 (@K0MURE0LA) August 19, 2021