Janda Baik dilanda banjir pagi tadi

Janda Baik dilanda banjir pagi tadi

 

Beberapa kawasan di sekitar Janda Baik, Pahang dilapor dinaiki banjir dalam satu kejadian awal yang berlaku kira-kira awal pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura memaklumkan keadaan sedemikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air.

“Saya kini berada di Janda Baik bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama orang kampung di Kampung Sum Sum Hulu.

“Saya juga telah singgah melihat keadaan Jalan Lama KL – Genting Sempah yang rosak teruk akibat tanah dan batu-batu runtuh sebelum naik ke Janda Baik,” katanya dalam kenyataan itu.

Difahamkan, keadaan sebahagian jalan di situ dilapor telah runtuh. Salah satu foto yang dimuat naik memaparkan sebuah jentera bomba dipercayai terkandas di satu lokasi.

“Sebahagian jalan juga telah runtuh. Saya ingin menasihati kepada mereka yang ingin menaiki ke Janda Baik agar menangguhkan semula perjalanan kerana keadaan masih lagi berlumpur dan dipenuhi batu-batu besar,” tambahnya.

Sementara itu di Twitter, Young Syefura turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan kedatangan banjir di lokasi kejadian awal pagi tadi.

“Lebih kurang 5.30 pagi air naik lagi di Janda Baik. Allah… dugaan sungguh,” kata beliau

Tidak kurang juga, beberapa rakaman video banjir di Janda Baik turut dimuat naik oleh beberapa individu lain.

Sementara itu, pelukis terkenal, Zunar Cartoonist turut berkongsi video menunjukkan air naik di sebuah chalet di Janda Baik.

Berdasarkan video itu, ia jelas menunjukkan keadaan arus banjir yang kuat memenuhi ruang chalet berkenaan.

Menurut lelaki dalam video terbabit, dia mendakwa banjir tersebut muncul disyaki kerana aktiviti pembalakan yang mungkin berlaku di kawasan berhampiran.

Malah dakwanya, belum pernah terjadi banjir sebegitu di kawasan tersebut sebelum ini.`

 

“Sejak saya tinggal selama 15 tahun di Janda Baik, tiga tahun kebelakangan ini banyak berlaku banjir dan banjir pagi tadi adalah antara yang paling buruk selepas banjir pada tahun 2018,” katanya.

Air banjir berwarna coklat seperti lumpur itu dikatakan telah menghayutkan habis tilam-tilam sehingga tidak dapat membezakan antara jalan dan sungai.

Akibat daripada banjir kilat yang berlaku itu, keadaan jalan di laluan Kuala Lumpur-Bentong sekitar Janda Baikjuga dipercayai musnah teruk.

Batu-batu penuh bertaburan di atas jalan akibat dibawa arus deras sehingga menyebabkan pengguna jalan raya sukar untuk melalui kawasan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh  seorang pengguna Twitter, Noor Suhana Ishak memaparkan keadaan jalan yang amat menyayat hati itu selepas arus banjir mulai reda.

 

Sebelum ini, pada awal tahun 2022 turut berlaku banjir di kawasan terbabit.

Berikut di bawah adalah foto-foto keadaan semasa di lokasi kejadian yang dimuat naik di laman Facebook Yound Syefura pagi tadi.

Gambar: FB Young Syefura
Gambar: FB Young Syefura
Gambar: FB Young Syefura
Gambar: FB Young Syefura
Gambar: FB Young Syefu