Jamal Abdillah & Ummi Nazeera antara individu terkenal sertai Muafakat Nasional

Jamal Abdillah & Ummi Nazeera antara individu terkenal sertai Muafakat Nasional

Selain bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dan bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, barisan artis tersohor tanah air juga dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Antaranya, Datuk Jamal Abdillah dan dua pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera, lapor Astro Awani.

Hanya NGO takkan terlibat dalam politik

Annuar Musa Re 2

Presiden MN Tan Sri Annuar Musa berkata, pertubuhan itu turut menyenaraikan dua lagi ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Tambah beliau, mereka semua merupakan antara 30 personaliti Dewan Tertinggi MN. Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan aktivis, Cikgu Izzat Johari turut disenaraikan.

Antara nama lain yang sertai MN :

  • Edmund Santhara
  • Yahya Ibrahim
  • Wan Azman Wan Sulaiman
  • Khairuddin Abdu Hassan
  • Sofian Ibrahim
  • Aziz Ibrahim
  • Zaini Mohamad
  • Farah Umaira Paruwis
  • Lila Ruzaini Hussain
  • Faezah Abd Rahman Ali Nor Ahlam
  • Jasper Supah
  • Dr Junaidy
  • Budiman Zohdi
  • Zurihan Yuso
  • Tun Faisal Ismail Aziz
  • Azam Ismail
  • Chua Hock Kuan
  • Subash Chandrabose

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali juga berdaftar sebagai ahli.

Annuar berkata lagi, sejak pendaftaran sudah mula dibuka minggu lepas, seramai 20,000 permohonan diterima untuk menyertai MN setakat semalam.

Bagaimanapun, Annuar menegaskan bahawa MN akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak akan terlibat dalam kancah politik.

Dapat sokongan Tun M

81578631293 Tbtunmjpg

Jelas Annuar lagi, gerakan tersebut turut mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Tun M menzahirkan rasa bimbang tentang kedudukan orang Melayu dan akan menyokong untuk apa-apa yang melibatkan kebaikan negara dan orang Melayu.

“Saya bertemu beliau semalam. Saya dapat mengatakan Tun Dr Mahathir memberikan sokongan yang kuat kepada MN.”

“Tun Dr Mahathir turut lahirkan kebimbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu dan berkata, usaha untuk kebaikan negara dan orang Melayu, beliau akan sokong.”