Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 62 tahun, Tahniah!

Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 62 tahun, Tahniah!

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah telah menyambut kelahiran anak kelimanya selepas isteri tersayang Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan bayi lelaki.

Timang bayi lelaki lagi

Berita gembira tersebut dimaklumkan sendiri oleh Jamal Abdillah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

 

Dapat adik baru lagi

Menerusi perkongsian daripada anak sulung kepada Datuk Jamal iaitu penyanyi muda, Osama Yamani memaklumkan bahawa dia telah mendapat seorang lagi adik lelaki yang diberi nama Rayyan Iskandar.

Masing-masing meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga memandangkan baby berada dalam keadaan sihat.

Ramai yang ucap tahniah

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada penyanyi legenda berusia 61 tahun itu kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Jamal dan isteri telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani pada Oktober tahun 2020 dan seorang anak lelaki El Issac Yamani pada tahun lalu.

Beliau juga memiliki dua anak hasil perkahwinan sebelumnya iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.