Jam tangan pintar selamatkan warga emas berusia 78 tahun dengan hantar pesanan kecemasan secara automatik

Jam tangan pintar selamatkan warga emas berusia 78 tahun dengan hantar pesanan kecemasan secara automatik

AMERIKA SYARIKAT- Seorang warga emas berusia 78 tahun jatuh dan diselamatkan oleh jam tangan yang dipakainya kerana mempunyai ciri keselamatan.

Mike Yager, berjaya diselamatkan apabila jam tangan pintarnya membuat panggilan kecemasan, lapor Jabatan Tempatan Summerfield.

“Perkara pertama saya tanyakan kepada (pegawai) adalah bagaimana saya boleh sampai ke sini.”

 

“Dia berkata jam tangan pintar saya yang mengirimkan pesanan,” kata Yager kepada Fox News.

Menurut in.mashable.com, Yager dilaporkan terjatuh pengsan dan menyebabkan hidungnya patah.

Lalu, jam tangan pintarnya secara automatik menghubungi talian kecemasan.

Lori Yager. isteri, ketika kejadian tiada dirumah. Dia bersyukur kerana suaminya memakai jam tangan pintar (Apple Watch) dan dapat mengelakkan dari situasi yang lebih buruk.

Sumber: in.mashable.com