Jam penggera untuk kejut bangun pagi terlampau ganas, “aku sambung tidur kat lantai…”

Jam penggera untuk kejut bangun pagi terlampau ganas, “aku sambung tidur kat lantai…”

Tidak kira kecil atau dewasa, bangun tidur pada waktu pagi tepat pada masanya adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Bagi orang dewasa mungkin mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain memaksa mata yang berat untuk memulakan rutin harian, tetapi hal itu juga menjadi masalah apabila mereka perlu mengejutkan anak-anak ke sekolah.

Sesetengah budak langsung tidak peduli apabila dikejutkan. Tidak kira berapa kali ibu bapa mengetuk pintu anak, menggoyang bahu mereka, atau memanggil dengan suara yang kuat, mereka langsung tidak akan bergerak.

Namun sebuah video yang tular di Twitter ini mencadangkan cara penyelesaian bagi masalah susah bangun pagi dengan jam penggera yang agak unik. Video yang dikongsikan pengguna atas nama James itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang berbaring di atas katil apabila jam penggeranya berbunyi.

 

Namun jam itu bukan sahaja mengeluarkan bunyi penggera yang kuat dan lampu yang terang tetapi juga menggoncang katil kanak-kanak itu dengan ganas sehingga seluruh katil bergegar.

Cara tersebut semestinya dapat mengejutkan sesiapa pun dari tidur, tetapi dikejut bangun dengan cara agresif juga boleh menyebabkan seseorang itu bad mood pada waktu pagi.

“Tengok aku sambung tidur kat atas lantai…”

https://twitter.com/diamladan/status/1442361086120923139?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1442361086120923139%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F09%2F30%2Fjam-penggera-untuk-kejut-bangun-pagi-terlampau-ganas-aku-sambung-tidur-kat-lantai%2F

“Kalau anak aku tak bangun subuh dorang kena tidur atas katil ni…”